Wednesday, June 24, 2009


MUNGKIN
Lama ku fikir
Dalam ku renung
Ku Tanya hati,,,,,
Kenapa ada dia?
Aku biarkan kata hati
Tapi lama tuhan menguji
Aku Tanya pada rasional
Mungkinkah ini cinta?
Tiada jawapan…..
Sepi………..
Tapi malu masih beraja
Adat tak mungkin aku lupa
Ku biar hati ini tahu kalimah
Sabar yang besar ganjarannya
Tuhan kuatkan aku
Lindungi aku dari putus asa
Berjuang untuk sebuah kebahagiaan
Sunyi………
Tiada pesan,,,,,,,,
Mana dia? Rindu datang lagi…….
Hanya pada yang esa mmpu di ucap
Sekali aku bersuara,,,,
Usahlah mendusta hati..
Rindu yang datang mengundang
Tak sesekali mampu di tahan
Tidurku dalam hati yang rindu
Mungkinkah esok menjanjikan
Kebahagiaan,,,,,,,,,
Matahari muncul lagi
Aku tetap sunyi….
Kenapa?
bingung dgn perasaan sendiri
ataupun hanya aku ada dia
bukan kami bersatu
mungkin bahagia itu
singgah menjengukku
aku yang terbuai
dalam samar
ku sujud mohon petunjuk

2 comments:

  1. ehem2...

    sungguh unik sarang tempua
    sehingga menarik ramai pembeli
    sering cahaya tertanya-tanya
    siapa gerangan yang bertakhta dihati

    orangnya segak cerah kulitnya
    redhot bermaksud merah membara
    tak sangka k.sa sudah berpunya
    cahaya doakan semoga kekal selamanya

    ReplyDelete
  2. hari2 naik perahu..
    hati mahu tapi malu..

    xper...
    sabar tu mmg payah..
    tp ALLAH bersama dgn org yg sabar kan...

    ReplyDelete